10 Film Terbaik Untuk Wirausaha, versi MajalahNiaga

Menonton film motivasi bisnis merupakan salah satu dari sekian banyak cara untuk pembangkit atau pendombrak gairah bisnis dan bahkan menjadi sebuah inspirasi bisnis dari sisi strategi maupun ide yang diperlihatkan di dalamnya. Fillm-film motivasi bisnis rata-rata mengajarkan kepada para penontonnya bahwasanya setiap bisnis itu perlu perjuangan dan terlebih dahulu merasakan namanya GAGAL, gagal dalam arti sebuah batu loncatan yang para pebisnis sukses memiliki masing-masing jatahnya.


Untuk lebih lengkapnya saya akan merekomendasikan beberapa film motivasi bisnis yang di jamin membuat gairah bisnis anda kembali meningkat, tapi satu hal yang perlu anda ketahui yaitu motivator terbaik adalah diri sendiri. Walaupun anda telah banyak menonton film/mengikuti seminar tentang bisnis tetapi di dalam diri sendiri tidak ada niat untuk berubah, di pastikan anda akan jalan di tempat. Yuk, lihat film motivasi bisnis terbaik di bawah ini.

1. Film ini berdasarkan kisah benar daripada zero menjadi hero mengenai seorang bilionair muda Thailand, Top Ittipat. Top yang pada awalnya seorang yang gila bermain game akhirnya berjaya menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang makanan berasaskan rumpai laut.


2. Pelajar Harvard, Mark Zuckerberg (Jesse Eisenberg), mencipta Facebook di dalam bilik asrama beliau. Beliau kemudian didakwa oleh rakan-rakan beliau kerana mencuri idea untuk membina laman sosial paling berjaya dan pantas berkembang itu.







3. Film ini mengisahkan mengenai kisah hidup seorang broker saham yang muda dan laparkan kejayaan, Bud Fox. Filem ini terbaik untuk usahawan kerana ia menunjukkan apa hasilnya apabila keinginan untuk berjaya menguasai hidup anda.


4. Film ini berdasarkan kisah benar dan menunjukkan langkah demi langkah kepada penonton untuk berjaya. Setelah membuat keputusan drastik untuk berhenti kerja, beliau melalui penolakan daripada insan-insan di sekelilingnya.

Perlahan-lahan, akhirnya beliau dapat mengenal pasti jalan yang terbaik untuk ditempuhi, dan ia berakhir dengan baik sekali di dalam perniagaan dan juga kehidupan beliau.


5. Christopher Gardner (Will Smith) cuba untuk menyara keluarganya dengan menjual alat-alat perubatan yang tidak mempunyai permintaan. Beliau mendapat peluang untuk berjuang dengan menjual saham, tetapi beliau tidak akan menerima gaji untuk 6 bulan.

Untuk memenuhi keperluan, beliau terus cuba menjual alat-alat perubatan sehingga satu tahap beliau tidak mampu mempunyai tempat tinggal. Tetapi beliau tetap cekal berusaha sehingga mencapai kerjaya yang diimpikan.






6. Sebuah biografi mengenai pengasas serta pencipta Microsoft dan Apple. Biografi ini memberikan pendedahan bagaimana mereka memulakan dan menguruskan bisnes mereka serta menunjukkan apakah perbezaan besar dalam operasi mereka.




7. Pengurus besar Oakland A, Billy Beane (Brad Pitt) hanya mempunyai bajet yang rendah untuk mengambil pemain pasukan baseballnya. Semua pemain bintang beliau telah meninggalkan pasukan setelah mendapat tawaran yang lebih baik.

Beliau meninggalkan pasukan untuk mencari cara bagi membina sebuah pasukan hebat tanpa memerlukan wang yang banyak. Akhirnya beliau menjumpai satu penyelesaian dengan melihat dan memilih pemain berdasarkan data statistik untuk membentuk pasukan.




8. Filem ini mengisahkan mengenai Ryan Bingham (George Clooney) yang pergi ke seluruh negara untuk membuang para pekerja dari syarikat-syarikat lain. Seorang pekerja baru, Natalie Keener (Anna Kendrick) menyertai syarikat itu untuk mengubah model perniagaan semasa dan bergantung sepenuhnya kepada teknologi.


9. Film ini berdasarkan kisah nyata seorang perintis penerbangan, Howard Hughes sehingga tahun 1947. Ia menceritakan mengenai kehidupan Hughes yang menjadi hartawan penerbangan dan pada masa yang sama mengalami masalah tidak stabil akibat gangguan obsessive-compulsive yang buruk.




10. Film ini merupakan antara film yang sangat keren. Ia menceritakan bagaimana mengambil peluang berisiko tinggi di depan mata. Film yang dilakonkan oleh Tom Cruise ini mengisahkan mengenai seorang lelaki yang terpaksa berhadapan realiti untuk mencari uang sebelum kepulangan orang tuanya.




Source : https://www.facebook.com/majalahniaga